Chef Adamdidam Dalam Kenangan


Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia pada hari Ahad lepas, 19 Mei 2019 jam 5 pagi. Beliau dijemput Ilahi pada usia 29 tahun dikatakan akibat jangkitan di paru-paru. Berita pemergiannya turut dikongsi oleh saudara terdekatnya, Neelofa menerusi akaun Instagramnya.

Selain itu sepupu Allahyarham, Natasha Amran turut meluahkan kesedihan dan berdoa agar rohnya bersama para solihin. Allahyarham meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah diadakan di Masjid Telipot pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas sejam kemudian.

Beliau yang juga bapa saudara Fatimah Omar Mukhlis iaitu kanak-kanak yang fasih menggunakan dialek Kelantan biarpun berada di luar negara, merupakan peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.







Sumber: Oh! Media