Cristiano Ronaldo Sekali Lagi Berikan Dana Yang Besar Kepada Palestin


Bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo nampaknya sekali lagi memberikan dana yang cukup besar buat mereka yang memerlukan dan kali ini ia diberikan kepada rakyat Palestin dan sempadan Gaza. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk tampil kehadapan apabila berlaku isu yang besar.

Ronaldo yang sanggup menggunakan duit poketnya sendiri, dikatakan telah memberikan sebanyak USD1.5 juta bagi membantu rakyat Palestin bagi melakukan persediaan sepanjang bulan Ramadan dan setelah melihat tekanan demi tekanan yang diberikan Israel.


Palestin yang dari dahulu sehingga kini bergelut dengan isu kekurangan bahan makanan kerana disekat laluan mereka dari darat, laut serta udara yang sukarkan masuknya bantuan dari luar.

Jika korang masih ingat, pada Piala Dunia tahun 2014 semasa pertembungan di antara Portugal menentang Israel, Ronaldo telah menolak untuk menukar jersi bersama pemain Israel dan ini menunjukkan tanda solidaritinya terhadap Palestin dan menolak apa sahaja yang berkaitan dengan bendera Israel.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini juga Ronaldo telah memberikan dana yang cukup besar sehingga sanggup melelong but emas yang dimenangi dan memperoleh sebanyak USD1.5 juta dan ia terus didermakan kepada sekolah di sekitar Gaza.



Sumber: Oh! Media