Filem BoBoiBoy The Movie 2 Akan Menemui Peminat Pada Ogos Ini


Nampaknya pihak Animonsta yang merupakan syarikat pengeluar animasi Malaysia telah mengumumkan tarikh tayangan bagi filem kedua mereka, BoBoiBoy The Movie 2.

Seperti baru sahaja kita menonton kehebatan filem BoBoiBoy dan kini pengembaraan mereka bersambung di angkasa yang merupakan sambungan dari BoBoiBoy Galaxy.

Melalui kemas kini terbaru saluran YouTube Monsta, tarikh tontonan umum filem ini adalah pada 8 Ogos 2019 dan akan menemui semua peminat pada musim cuti sekolah nanti.





+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media