'Frustrated!! Ambil cuti semata-mata nak jawab exam, nak login tak lepas' - Calon PTD bengang sistem SPA bermasalah


Baru-baru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuat satu hebahan iklan kekosongan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. 

Sebanyak 400 kekosongan dan 30 simpanan diperlukan untuk mengisi jawatan ini. Individu yang berkelayakan diminta untuk menghadiri satu peperiksaan online yang dibuat pada hari ini sebelum ke sesi seterusnya.

Walaubagaimanapun, Facebook page milik SPA hari ini dihujani dengan komen-komen daripada calon-calon yang mahu mengisi jawatan tersebut. Mereka tidak berpuas hati dengan peperiksaan sistem secara online itu kerana mengalami beberapa masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku. 

Ada yang mengatakan mereka tidak dapat masuk ke dalam sistem peperiksaan dan tidak dapat menjawab soalan. Mereka juga kecewa kerana mendapat angka giliran yang salah (melalui e-mel) dan baru mengetahui perlu mengakses ke ruangan e-semakan. 


Selain itu, ada calon yang mendakwa mereka telah menjawab kesemua soalan, tetapi ada jawapan yang tidak disimpan oleh sistem.

Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara calon-calon tersebut sudah memohon cuti kerja tetapi tidak dapat menjawab dengan baik kerana permasalahan sistem. Masalah ini dikatakan terjadi hampir setiap tahun, tetapi tiada sebarang perubahan atau penambahbaikan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 







Mereka yang mencadangkan supaya sistem peperiksaan diadakan secara manual semula. Ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Sumber: Facebook SPA


Sumber : thereporter.my