Ibu sudah meninggal dunia, 6 beradik lepas rindu jumpa bapa di penjara

KERINDUAN enam beradik untuk bertemu bapa yang menjalani hukuman penjara baru-baru ini terubat apabila mereka dipertemukan dalam satu majlis khas di Penjara Sungai Udang di Melaka.

Pertemuan itu mengundang emosi apabila Mohd Fauzi (bukan nama sebenar), 33 tahun berpeluang memeluk semua anaknya berusia 12 tahun hingga 19 bulan sejak mereka berpisah pada 23 Januari lalu akibat kes dadah.

Ibu meninggal dunia akibat kemalangan motosikal

Timbalan Penguasa Penjara, Jabatan Penjara Sungai Udang, Mohd Sazeli Mohd Noor berkata, pihaknya prihatin terhadap nasib enam beradik itu yang baru kematian ibu selepas motosikal ditunggang bertembung dengan haiwan di hadapan Ladang Sungai Baru pada April lalu.

“Jabatan penjara juga dalam proses untuk memberi pelepasan parol di luar penjara terhadap banduan ini yang mempunyai baki hukuman penjara dua bulan.

“Ini bermakna, selepas Aidilfitri ini kita menjangkakan banduan ini dapat menjalani pelepasan parol seterusnya dapat bersama keluarga,” katanya.

Bawa 6 beradik beli persalinan baju raya bagi sambutan Aidifitri

“Kita juga membawa kesemua mereka berusia 12 tahun, 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 4 tahun, dan 19 bulan untuk membeli pakaian raya, selain Jabatan Penjara sendiri turut menyampaikan wang tunai perbelanjaan hari raya sebanyak RM500,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila arwah yang berusia 35 tahun menanggung dan menguruskan kehidupan enam anaknya selepas suaminya menjalani hukuman penjara.

Rutin harian arwah juga sebelum itu bangun seawal jam 3 pagi untuk menjual nasi lemak, selain memperoleh duit sebagai pekerja pembersihan untuk menampung kehidupan semua anaknya.

Kisah yang meruntun jiwa ini ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap mereka selain mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Lindungi dan berilah kebahagiaan pada anak-anak ini

Allahu sayu hati dengan nasib mereka

Aku sedih betul kalau anak-anak terpisah dari mak ayah

Semoga semuanya dipermudahkan



Sumber: kulihatlangitbiru.com