'Ini fasa paling getir dalam hidup saya' - Aliff

Posted on Thursday, May 16, 2019 | 5/16/2019



Setelah beberapa hari berdiam diri, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akhirnya bersuara namun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang membabitkan dirinya itu. 

Berkata kepada Utusan Online hari ini, Aliff enggan bercakap dengan sesiapa buat masa ini. 

"Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang. 

"Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi insyaAllah," katanya kepada wartawan Utusan. 

Aliff enggan mengulas lanjut dan meminta ruang kerana dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan. 

"Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang," katanya. 

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 5/16/2019

0 comments:

Loading...