Isteri gagal bagi zuriat, suami curang ‘check in’ hotel dengan gadis lain

KERAP kali kita baca kisah masalah rumah tangga yang ‘bagai nyawa di hujung tanduk’ dikongsi sehingga tular di media sosial akibat kehadiran orang ketiga.

Kes-kes pasangan suami isteri curang ini berlaku hampir setiap hari seolah-olah ianya tiada berpenghujung.

Terbaru, seorang wanita tampil mendedahkan kecerungan suami yang dikahwininya sejak empat tahun yang lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Nrhffalsml mendedahkan kecurangan suaminya, Shafiq Atan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang gadis bernama Moyy.

Kau kata dah bosan, tak bagi kau anak…

Isteri kau pun kau tak peluk erat macam ni!


Lebih menyakitkan hati wanita berasal dari Pulau Pinang itu apabila gadis tersebut seolah-olah berbangga dapat memiliki suaminya dengan memberi kenyataan di laman Instagram.

Kalau suami orang pun, apa masalah?

Tak payah masuk campur!

Bukan itu sahaja, gadis itu juga mencabar Nur Nrhffalsml supaya menularkan kisah mereka walaupun dia sedaya-upaya cuba untuk menyimpan aib suaminya dan menyelesaikan masalah dengan cara baik.

Dia makin banyak muat naik video dengan suami

Tabahnya seorang wanita apabila suami dirampas orang ketiga! Harap mereka dapat melakukan perbincangan dan diselesaikan dengan cara sebaiknya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com