Jangan Banyak Pusing - Majlis Belia Malaysia Beri Amaran Kepada PTPTN


Isu PTPTN kembali hangat apabila ada ura-ura mengatakan ia akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman dan perkara ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk dari Majlis Belia Malaysia (MBM).

Berdasarkan kepada kenyataan Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebelum ini, dia ada menyatakan bahawa ada cadangan untuk menyenari hitamkan nama peminjam yang ingkar membayar dari keluar negara.


MBM dalam reaksi mereka, menyatakan bahawa ianya adalah satu langkah yang membebankan terutama kepada mereka yang berusaha untuk membayar, tetapi mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk membayar mengikut jumlah sepatutnya.

Namun dari satu sudut lain, ianya dilihat perlu bagi mereka dilihat gagal sepenuhnya untuk membayar hutang berkenaan. Berikut merupakan kenyataan penuh dari pihak MBM melalui Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Naib Presiden MBM.





Sumber: Oh! Media