Jika Korang Pengguna Smartphone Huawei Ketika Ini, Patut Jual Atau Tidak? Ini Pandangan Oh! Media


Heboh tentang kes Huawei, Google (Android), dan undang-undang baru USA. Oleh kerana ramai minta pendapat #ohmedia pasal ni, here we go.

Apa yang jadi tu sedikit sebanyak memang akan bagi impak sangat besar pada Huawei. Trump tu macam Thanos la sekali dia petik, habis hilang separuh kejayaan Huawei bersama Android. Tapi sebagai pengeluar smartphones yang dah pun potong Apple dan sikit lagi nak potong Samsung dalam market share, rasanya Huawei takkan mengalah semudah itu.

Huawei bukan company adik-adik cap ayam malah sebenarnya jauh lebih advanced dari Apple atau Samsung sendiri dari pelbagai bidang lain selain smartphones. Bila jadi macam ni, dengan selamba badak Huawei umumkan yang mereka dah jangka benda ni dan mereka dah pun ada plan B.

Tapi korang sebagai consumer, mana yang gunakan Huawei tu patut risau tak? Ya, kalau korang bergantung pada ekosistem Google. Tapi dengan jaminan Google untuk tetap menjaga pengguna Huawei tanpa melanggar undang-undang USA tu sendiri, maka korang boleh lagi bertenang ketika ini. Google dan Huawei takkan mengabaikan korang macam tu sahaja. Google takkan biarkan macam tu jer untuk hilang percentage consumer yang sangat besar.

Patut ke korang jual phone Huawei yang tengah pakai tu? Ya, boleh jual dan beralih kepada jenama lain yang tidak terpalit dengan isu-isu sebegini. Korang senang hati tanpa banyak bunyi. Jual selagi Huawei masih boleh diterima. Apa lagi bila kita dah sedia maklum yang lepas ni tiada langsung sokongan/update untuk Android dalam phone Huawei korang tu lagi.

Andaikata Huawei keluarkan OS mereka sendiri bagi menggantikan Android, korang tetap akan bermasalah kerana tiada jaminan OS dari Huawei mampu menyaingi Google Playstore yang ada di Android kerana ianya bukan perkara yang mudah. Adakah developer apps akan bekerjasama dengan OS baru dari Huawei tu nanti? Itu pun masih samar-samar.

Bagi korang yang ada niat untuk beli smartphones Huawei atau Honor ketika ini, patutkah korang beli? Jawapannya sangat simple iaitu lupakan niat tu dan carilah jenama lain serta-merta.

Tapi kalau korang jenis yang ambil tahu dan minat dunia teknologi, terus jer gunakan dan jadilah sebahagian dari plan B tu. Ada banyak cara dan alternatif lain lagi. Kita wait & see. Tapi untuk yang cuma ada satu phone sahaja dan tak berminat nak mengikuti perkembangan Huawei selepas ini, nasihat Ohmedia ya lebih baik jual sahaja.

Apa Sebab Semua Ni Berlaku?

Secara ringkasnya, semua ni disebabkan oleh teknologi 5G. Awal2 US dah sekat Huawei sebab Huawei punya capacity dan kepakaran yang boleh menggugat keselamatan US kepada China bila 5G digunakan sepenuhnya nanti. Sebab tu hanya Huawei yang kena. Bukan Lenovo, Oppo, Vivo, OnePlus, dan lain2 yang dari China.


Apa Yang Buat 5G Ni Bahaya?


Untuk makluman semua, Teknologi 5G ni jauh lebih advanced dari 4G. Ianya bukan sekadar line Internet laju macam 4G tapi jauh lebih advanced. Sebagai contohnya dengan kewujudan 5G nanti, kereta dengan kereta atas jalan akan berhubung antara satu sama lain. Kereta boleh kawal dari jauh. Teknologi 5G juga akan menjadikan agak mustahil untuk kereta bertembung dan sebagainya. Cctv akan jauh lebih advanced dari apa yang kita kenal setakat hari ini. Setiap phone akan berhubung terus dengan government setiap negara, semua mesin boleh dikawal dari mana2 pun seluruh dunia, kerja2 manusia akan dijalankan oleh robot sepenuhnya, doktor di Amerika boleh buat operation jantung pesakit di Malaysia (kawal tangan robot dari jauh - remote surgery), dan macam2 lagi yang tak mungkin 4G boleh lakukan.

Akhir kata, untuk Ohmedia sendiri kami tak akan jual dan akan terus menikmati betapa hebatnya produk keluaran Huawei ni especially kamera dan features dia. Siapa pernah pakai je yang akan faham. Kalau ada ternampak Oh! Media nak jual Huawei ke apa semua kat Facebook tu jangan percaya sebab itu admin FB pages saja nak bergurau la tu. Haha.

Buat masa ni #ohmedia secara peribadi akan terus guna dan enjoy devices Huawei ni dan tunggu apa akan jadi kedepannya dengan penuh rasa tak sabarnya. End.

- Artikel ini diambil sepenuhnya dari Instagram Oh! Media. Follow Oh! Media di Instagram untuk pelbagai ulasan yang lain dari lain.


Sumber: Oh! Media