Kemalangan dedah kisah kanak-kanak dibuli kerana miskin dan cacat

Baru-baru ini, tular mengenai satu kemalangan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya yang menyebabkan kanak-kanak itu koma.

Kejadian tersebut menarik perhatian ramai pihak selepas seorang wanita, Cik Puan Eddy mendedahkan episod duka yang dialami kanak-kanak itu di Facebook.

Dibuli dan dipulau kerana miskin

Difahamkan, kanak-kanak perempuan bernama Siti Maisarah itu belajar di sekolah yang sama dengan anaknya.

Menurut Cik Puan Eddy, anaknya memaklumkan bahawa Siti Maisarah sering menjadi mangsa buli di sekolah kerana dia merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan datang daripada keluarga yang susah.

“Mama budak yang kemalangan tu kan satu sekolah dengan kita, dia selalu kena buli orang semua taknak kawan dengan dia, sebab dia pakai baju buruk lepas tu tudung pun senget…”


Sayu wajah ayah tunggu anaknya sedar

Perasaan Cik Puan Eddy tiba-tiba bertukar sayu apabila melihat bapa Siti Maisarah yang sudah uzur tidak jemu melawat serta mendoakan anaknya agar pulih seperti sediakala.

Dah sedar dari koma…

Menerusi maklumat terbaru yang diterima, seorang pengguna Facebook dengan nama Shamsiah Shaaban memaklumkan bahawa Siti Maisarah sudah sedar daripada koma dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak guru dan MPKK juga telah mengambil tanggungjawab menguruskan kebajikan Siti Maisarah dan keluarganya memandangkan mereka tiada waris lain.

Semoga Allah angkat kesakitan Maisarah

Sebak melihat keadaan yang dialami Siti Maisarah dan keluarga, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati mereka terhadap kanak-kanak istimewa berserta doa agar dia kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Sedih tengok ayah tu…

Semoga dimurahkan juga rezeki adik sekeluarga

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh merujuk akaun yang tertera di bawah ini Semoga dengan bantuan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban Siti Maisarah dan keluarganya.

Haron Mahmood (Bapa)
BSN 01108-29-000116753



Sumber: kulihatlangitbiru.com