Kerajaan Masih Belum Jumpa Jalan Untuk Kurangkan Kadar Tol


Isu penghapusan atau pengurangan kadar tol sering menjadi bahan politik yang sering dibincangkan. Sehingga kini masih belum dapat dilihat perubahan dari kadar tol yang amat diharapkan rakyat nagi mengurangkan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga ada menyatakan bahawa kerajaan masih belum memutuskan sebarang mekanisme bagi mengurangkan kadar tol dan ini juga setelah beberapa cadangan pihak swasta. Namun cadangan ini tidak mencapai penurunan sehingga 25 peratus dan ini perlu dibincangkan lagi.




“Memang ada cadangan pihak swasta untuk mengurangkan (kadar) tol, tetapi tidak sampai 25 peratus, ini supaya mereka dapat ambil alih, namun ini belum diputuskan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2019, di sini, hari ini.

Dalam nada lain pula, Tun Mahathir mengakui bahawa janji yang diberikan kepada rakyat untuk menghapuskan tol akan melegakan kebanyakan rakyat, namun ia tidak melegakan kerajaan kerana kos pembayaran tol perlu ditanggung kerajaan.

“Umpamanya, jika nak hapuskan tol PLUS, kerajaan kena beli lebuh raya itu dengan harga RM30 bilion sedangkan RM30 bilion itu lebih baik jika kita belanja bayar hutang untuk kurangkan sikit beban kita.

Jadi sejauh mana agaknya perkara ini akan terus dibincangkan? Harapnya kerajaan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan perlu melihat dari banyak aspek yang lain.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media