'Kita nak bina masjid, bukan nak bina Taj Mahal' - Belanja kurang RM500, wanita kongsikan kesederhanaan dalam majlis perkahwinan


Seperti menjadi trend terkini, majlis perkahwinan dilangsungkan dengan suasana meriah. Sudah pastinya, kemeriahan majlis ini memerlukan kos perbelanjaan yang cukup tinggi. Bukan sahaja kos untuk katering, lokasi malahan pakaian pengantin sendiri. 

Ada sesetengah pengantin pula mengadakan majlis malam berinai dengan tema-tema yang tertentu. Apa yang nyata, setiap pengantin, sudah pasti inginkan kelainan dan pengalaman tersendiri untuk dirakam.

Bagi wanita ini pula dia berpendapat lebih baik bersederhana dan katanya pernikahan yang paling rendah mahar adalah pernikahan yang paling berkat. Apa yang menarik melalui perkongsian wanita ini, mereka hanya berbelanja kurang dari RM500 sahaja.

TIADA pelamin, tiada malam berinai dan tiada sesi photography. Tiada juga  sewa baju yang mahal, beli di Sri Petaling sahaja. Dan tiada andaman untuk make up pun.

Hadiah hantaran hanya dibeli di kedai Eco RM2.00. Al Quran, telekung dan Kitab Fadhilat Amal semua tu guna yang dah beli lama dah, cincin pula guna cincin bertunang dulu. Mas kahwin RM22.50 sahaja tapi dia beri lebih RM200. Rasanya semua itu tak sampai RM500 pun.

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Saya boleh sahaja nak demand minta duit hantaran RM10,000 atau RM15,000 tapi mahar yang rendah akan memudahkan sunnah.


Ada juga mulut mulut yang merendahkan suami saya beberapa hari sebelum pernikahan saya, pakai kereta macam besi buruk, selekeh, tak berharta, gaji murah yelah sebab ajar orang mengaji je pun, ada masa jadi bilal/imam di masjid. Saya tak peduli pun semua tu, saya pilih dia sebab Al Quran bukan kerana harta dan rupa. Bab rezeki tu Allah dah janjikan pada setiap yang mendirikan masjid.

Pernikahan yang paling barokah adalah pernikahan yang paling rendah maharnya. Seperti mana zaman Rasulullah dan para sahabat cinta hingga ke syurga.

Ingat, kita nak bina masjid, bukan nak bina Taj Mahal.



Sumber : thereporter.my