Lelaki Bujang Perlu Bersaing Untuk Mendapatkan Gadis Malaysia


Tahukah anda bahawa, bilangan penduduk lelaki di Malaysia melebihi penduduk wanita pada suku pertama 2019 menurut Perangkaan Demografi yang dikeluarkan. Dari apa yang dikatakan oleh Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, penduduk lelaki yang dicatatkan dalam tempoh itu berjumlah 16.86 juta, berbanding penduduk perempuan seramai 15.80 juta.

Ini menyaksikan bahawa nisbah Nisbah jantina adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai laporan perangkaan demografi itu. Menurutnya lagi, negeri Selangor mencatatkan komposisi penduduk tertinggi iaitu 6.54 juta orang manakala Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 92,640 orang, katanya.

Memandangkan bilangan penduduk lelaki lebih ramai, penduduk lelaki yang berstatus bujang perlu bersaing mendapatkan pasangan. Harap wanita diluar sana tak jual mahal pada lelaki. Jadi apalah nasib lelaki bujang kat Malaysia ni nanti.

Sumber: Oh! Media