Nahas pulang bercuti sempena Aidilfitri

SUSULAN kemalangan di Jalan Kuala Klawang-Seremban berhampiran Bukit Tangga, dekat Seremban, hari ini, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu para pelajar menaiki bas tersebut untuk pulang bercuti di kampung.

Katanya, mereka menaiki bas itu dari Kuala Klawang menuju ke Terminal One, Seremban.

“Pelajar mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi membuat persiapan Aidilfitri,” katanya.

Dalam kejadian 3.39 petang itu, seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, maut, manakala lebih 27 penumpang cedera lain cedera.

“Ketika kami sedang lalu di laluan dekat Bukit Tangga, kami dah nampak dah bas tu macam hilang kawalan. Selepas melalui beberapa selekoh, akhirnya bas itu terlanggar tembok,” ujar salah seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Amin Zaki, 15 tahun.

Seorang lagi mangsa yang ditemui berkata, keadaan boleh menjadi lebih teruk jika bas itu terjunam di kawasan gaung.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.



Sumber: kulihatlangitbiru.com