Pemandu Grab Sah Disamun & Dibunuh Dua Penumpang Terakhir


Pemandu Grab dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Pihak polis dan kerjasama daripada Grab, berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa.




Hasil soal siasat mendapati, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak.

Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan salah seorang adalah warga asing.


Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab iaitu Mohd Hanafiee Jaafar, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Kredit: OneNews
Sumber: Oh! Media