Peneroka Felda dapat bantuan hari raya RM300 – Mahathir

PENEROKA Felda bakal mendapat bantuan RM300 sempena Hari Raya Aidil Fitri kali ini.

Menurut Bernama, perkara itu disahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini di Jepun untuk lawatan kerja rasmi.

Pekeliling Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bocor hari ini menyatakan Kabinet telah bersetuju untuk memberikan bantuan itu kepada 112,635 peneroka.

Selain itu, peneroka juga bakal menerima pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil sebelum 5 Jun ini – seperti yang telah dijanjikan kementerian itu sebelum ini.



Sumber: kulihatlangitbiru.com