Pengasas Dnars Skincare Meninggal Dunia Dalam Kemalangan. Arwah Dalam Perjalanan Untuk Menginfakkan Hartanya.


Berita yang amat menyedihkan dan mengejutkan untuk seluruh rakyat Malaysia hari ni apabila usahawan kosmetik terkenal yang juga seorang ikon perniagaan berjaya, Faziani Rohban Ahmad, 40 yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut di Patani Thailand.

Arwah yang menaiki kereta jenis Toyota Estima telah terlibat di dalam sebuah kemalangan jalanraya di Patani lebih kurang jam 10:30 pagi tadi. Suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cuma mengalami kecederaan.

Dikhabarkan yang arwah ke Patani Thailand dalam usahanya untuk menginfakkan hartanya kepada sekolah pondok, anak-anak yatim dan fakir miskin di sana sempena bulan Ramadan ini.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sumber: Oh! Media