Putrajaya umum Bantuan Khas Kewangan RM450 untuk 1.5 juta penjawat awam


Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. 

Bantuan Khas Kewangan RM450 itu diumumkan bagi Gred 56 dan ke bawah, manakala bantuan khas sebanyak RM225 akan turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara.

Difahamkan, bantuan khas itu akan dibayar pada 24 Mei ini. 

"Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

"Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225," kata kenyataan itu. 

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan RM855 juta.

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my