Rocket Arena Permainan Baru Yang Diumumkan Oleh Nexon Dan Final Strike Games

Posted on Wednesday, May 22, 2019 | 5/22/2019




Rocket Arena telah diumumkan oleh Nexon dan Final Strike Games sebagai permainan baru mereka. Rocket Arena akan menggunakan konsep 3 lawan 3 di mana pemain perlu menetapkan sasaran dan menembak musuh yang berada di depan mereka. Kepada penggemar permainan menembak, pasti Rocket Arena akan menjadi tumpuan korang selepas ini.

Untuk pengetahuan korang, permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ianya dinyatakan sendiri oleh Nexon dan yang menariknya pendaftaran untuk beta telah dibuka. Terdapat sedikit perbezaan di Rocket arena dengan permainan menembak yang lain kerana Rocket Arena lebih fokus
untuk menembak musuh ke luar dari arena.

Di Samping Itu, terdapat pelbagai jenis watak yang pemain boleh gunakan di dalam Rocket Arena dan setiap watak mempunyai kemahiran dan senjata yang berlainan. So kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh pergi ke laman rasmi Rocket Arena.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/22/2019

0 comments:

Loading...