‘Sanggup bayar RM200, apa yang diorang makan?’ – Maya Karin kritik berbuka cara buffet!

Posted on Friday, May 17, 2019 | 5/17/2019


Setiap kali puasa, selain singgah ke bazar Ramadan pasti ada di antara anda yang tidak ketinggalan untuk berbuka puasa di hotel untuk menikmati sajin buffet istimewa.

Pasti ramai tahu harga buffet Ramadan di hotel-hotel mahupun di restoran agak sedikit mahal dan adakalanya boleh mencecah sehingga RM200 seorang. Meskipun harga ditawarkan agak mahal, tetapi orang ramai dan kebanyakan syarikat seperti tiada masalah untuk membayarnya.

Baru-baru ini, pelakon Maya Karin meluahkan rasa kesal dengan harga ‘mengarut’ ditawarkan untuk buffet Ramadan. Katanya, harga yang dikenakan sangat tidak munasabah lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang hanya makan dalam kuantiti sedikit tetapi dicaj mahal.

Susulan itu, Maya mengambil pendekatan untuk tidak makan di mana-mana buffet Ramadan di hotel tahun ini. Maya turut berpesan kepada mereka yang makan di hotel tidak perlu meroyan tentang ekonomi negara.

Perkongsian Maya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat pelakon itu. Kata netizen, harga yang dikenakan sememangya tidak masuk akal dan berterima kasih kepada Maya akhirnya ada selebriti yang bersuara tentang perkara ini.

Bagaimanapun, ada netizen berpendapat ia pilihan masing-masing. Jika berkemampuan tiada salahnya untuk menikmati buffet Ramadan di hotel.

Kata netizen lagi, pada mereka yang mampu kalau boleh jangan membazir setiap kali mengambil makanan kerana ada sesetengah hotel akan memberikan lebihan makanan kepada mereka yang memerlukan.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 5/17/2019

0 comments:

Loading...