Tangan Era Fazira parah tersepit mesin tebu

Posted on Tuesday, May 28, 2019 | 5/28/2019


SEORANG wanita cedera di pergelangan tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pemerah tebu di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Era Fazira Ramli, 25, terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Daerah Tawau, Sharudi Delamin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 pagi sebelum sepasukan enam anggota bomba bersama sebuah jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian sebahagian pergelangan tangan wanita itu tersepit di dalam mesin pemerah tebu.

“Anggota bomba bagaimanapun berjaya mengeluarkan tangan mangsa dan memberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 5/28/2019

0 comments:

Loading...