Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Doktor Yang Menyokong Kumpulan Anti-vaksin


Penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin dilihat semakin merisaukan apabila semakin banyak golongan antivaksin menyebarkan kisah dongeng mereka. Perkara ini turut melibatkan individu yang bergelas doktor dan pihak kementerian telah menegaskan bahawa mereka kan mengenakan tindakan yang tegas terhadaop mana-mana doktor yang menyokong atau pro-antivaksin.

Ini kerana, golongan terbabit dilihat telah mempromosikan kaedah alternatif mereka bagi menggantikan vaksin dan ini boleh memudaratkan kanak-kanak.

Dr, Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan turut berkata doktor dilarang untuk mempromosikan dakyah antivaksin kerana Kementerian Kesihatan memiliki data yang membuktikan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan untuk menjaga kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Untuk pengetahuan korang, pada 19 Mei ini telah dikesan satu program realti vaksin yang dijalankan oleh kumpulan antivaksin akan diadakan di Bandar Tun Razah, Cheras dan sumber mengatakan, dua orang panel wanita turut akan terlibat sama.

Oh! Media: Oleh itu, pastikan korang tidak terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang boleh mengelirukan dan carilah pakar yang sah bagi menjawab persoalan korang mengenai vaksin.

Sumber: Oh! Media