Tokoh Sejarawan Negara, Khoos Kay Kim Meninggal Dunia

Posted on Tuesday, May 28, 2019 | 5/28/2019



Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang merupakan tokoh sejarawan negara telah menghembuskan nafaz terakhirnya pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM pada usia 82 tahun kerana jangkitan paru-paru.

Ia disahkan oleh jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Malaya. Anak mendiang Kay Kim, Rubin Khoo juga ada berkongsin mengenai berita ini di laman Instagram mereka.

“Beberapa tahun lalu, saya pernah bertanya ibu (Puan Sri Rathi Khoo) apa yang membuatkan beliau terbuka untuk berkahwin dengan orang yang bukan dari bangsanya - satu keputusan yang berani masa itu.

“Dia (ibunya) menjawab, ayah seorang yang baik, seorang insan yang baik. RIP (bersemadilah dengan tenang) pa (ayah),” katanya.

Untuk pengetahuan korang, Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Khay Kim merupakan salah seorang individu yang turut membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/28/2019

0 comments:

Loading...