Tukang cuci tak sengaja terflush baby baru lahir dalam tandas


Seorang tukang cuci di sebuah hospital secara tidak sengaja terpam bayi yang baru dilahirkan dalam tandas dalam kejadian yang berlaku pada bulan Mac lalu, lapor Asahi

Ekoran kejadian itu, pihak hospital memohon maaf kepada ibu mangsa dan keluarganya. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila si ibu berusia 36 tahun dimasukkan ke hospital di Hospital Palang Merah Saitama pada 18 Mac lalu. 

Pada keesokan harinya, dia tidak menjangka melahirkan bayinya berusia 14 minggu itu ketika berada di dalam tandas duduk. 

Selepas si ibu berpindah ke bilik lain, seorang tukang cuci secara tidak sengaja mengepam bayi itu ke saluran tandas. 

Sebelum itu, jantung bayi berkenaan dikatakan telah berhenti berdegup empat hari sebelum dilahirkan dari rahim ibunya. 

Menurut suami wanita berkenaaan yang menemani isterinya pada waktu itu, isterinya telah dibawa ke dewan bersalin. Pada masa sama dia terasa hendak membuang air kecil dan mendapatkan keizinan doktor untuk menggunakan tandas. 

Selepas itu, si ibu kembali menunggu di dewan bersalin sebelum pasangan itu terdengar bunyi tandas dipam yang membuatkan petugas hospital menjerit. 

Pihak hospital terpaksa memohon maaf kepada pasangan itu. 

Difahamkan, pasangan itu berharap dapat memberikan nama kepada bayi mereka dan menyimpan gambar serta salinan tapak tangannya sebagai kenang-kenangan. 


Sumber : thereporter.my