Ujian Beta Tertutup Untuk MARVEL Super War Telah Bermula



NetEase dah Marvel Entertainment telah mendedahkan sedikit tentang permainan MOBA terbaru mereka iaitu MARVEL Super War. Mereka Kini sudah memulakan ujian beta tertutup untuk permainan tersebut. Buat korang yang berada di Asia Tenggara dan India, korang boleh dapatkan permainan ini di android dan ios.

Pelbagai watak Marvel telah dikumpulkan dalam permainan ini antaranya watak dari Avengers, X-Men dan Guardian Of The Galaxy. So korang boleh pilih watak kegemaran korang untuk dibawa masuk ke medan pertempuran. Setiap watak Super Hero dalam MARVEL Super War mempunyai kebolehan masing-masing.

Dalam MARVEL Super War, korang perlu ada kerjasama yang baik dalam satu kumpulan untuk menang di mana-mana pertempuran. So tunggu apa lagi kumpulkan pasukan korang sekarang untuk menakluk seluruh Universe.
















Sumber: Oh! Media