Video - Lihat Aksi Infinite Tucker, Seperti Superman Sebenar


Kerana tidak mahu sekali lagi berada di kedudukan kedua, seorang pelari yang digelar 'Infinite Tucker' membuat keputusan untuk melompat ke garisan penamat. Terkenal dengan sikap tidak mahu kalah, insiden melucukan itu telah membuatkan ramai penonton terkejut dan tidak menyangkakan dia akan berbuat demikian.

Infinite Tucker yang menyertai acara larian berhalangan di Texas, Amerika Syarikat secara tiba-tiba terbang ke arah garisan penamat bagi memastikan dirinya berada di tempat pertama dan sekaligus berjaya mengatasi rakan sepasukannya, Robert Grant.

“Lihat. Saya lari dengan menutup mata saya sehingga pagar ke-10.

“Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu (ma) di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.

“Ya, begitulah pengakhirannya.”

Robert pula hanya tersenyum sewaktu ditemu ramah mengenai tindakan Tucker itu. Sebelum ini Tucker hanya berjaya menamatkan aksi pada tempat kedua dalam acara sama pada tahun 2017.



Sumber: Oh! Media