(Video) 'Mak ambillah adik dengan abang, bawa balik' - Kembar rayu ibunya bawa mereka pulang buat netizen sebak


Pasangan kembar lelaki ini menjadi bualan netizen selepas kemunculan mereka di program Malaysia Hari Ini (MHI) menimbulkan rasa sebak netizen yang mendengar rayuan mereka pada ibu agar datang membawa mereka pulang. 

Difahamkan, dua beradik berkenaan, Mohd Khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11,  tidak pernah bertemu dengan bapa mereka dan terpisah dengan ibu, Siti Norazimah binti Mohd Mazlan sejak mereka berusia 9 tahun.

Dalam usia yang tidak mengerti apa-apa, mereka ditinggalkan dengan nenek sebelum dihantar ke rumah anak yatim, Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam. Selangor. 

Menurut pengasas rumah anak yatim tersebut, Mohd Fadzil, berkata, sejak kecil Danish dan Danial tidak pernah bertemu dengan bapanya dan terpisah dengan ibunya.

Mereka kemudian tinggal dengan datuk dan nenek, namun baru nak merasa kasih sayang, nenek dan datuknya meninggal dunia. 

"Anak-anak yang lain juga sebegitu. Ada yang mak tak nak mengaku anak pun ada. Ada mak, bila kita bawa anak pergi jumpa mak dia, mak dia pula tak mengaku anak. Allahuakbar. Anak pula mengharap kasih sayang ibu bapa. Kebanyakan anak-anak di situ semua kurang kasih sayang. 

"Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan ibu dan ayah, rasa rindu itu tetap ada. Ada yang hantar anak, terus menghilang begitu sahaja." katanya. 

Apabila pengacara bertanya kepada pasangan kembar itu, apa yang dia mahu katakan pada mak.

"Kalaulah ibu melihat Danial dan Danish sekarang, apa yang Danial nak cakap?" soal pengacara. 

"Nak jumpa mak. Mak datanglah sini jumpa abang dan adik," kata Danial. 

"Mama ambillah adik dengan abang, bawa balik," kata Danish membuatkan seorang lagi pengacara sebak dengan kata-kata pasangan kembar itu. 


Danish dan Danial berkata, mereka sering mendoakan ibu mereka selamat dan berharap ibunya kembali mengambil mereka semula. 



Sumber : thereporter.my