Video wanita terajang suami viral

VIDEO seorang wanita memukul seorang lelaki dipercayai suaminya viral di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Video berdurasi 1 minit 24 saat itu memaparkan seorang wanita menyepak kepala suaminya sambil menghamburkan kata-kata sesat manakala suaminya dalam keadaan menangis terpaksa menahan sepakan isteri.

Berdasarkan loghat percakapan, wanita itu dipercayai berasal dari Pantai Timur.

Menurut sumber, wanita itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya.

Bagaimanapun, suaminya enggan menceraikan wanita itu kerana masih sayangkannya.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai isteri derhaka kerana sanggup memukul suaminya sendiri.



Sumber: kulihatlangitbiru.com