Yusof Haslam Tanggung Kos Rawatan Sarjan Misai


Pelakon yang dahulunya telah menghiburkan kita dengan lakonan hebatnya dalam Gerak Khas iaitu A Galak atau lebih dikenali dengan Sarjan Misai atau Sarjan Hashim kini dilaporkan telah diamsukkan ke Hospital Kuala Lumpur, HKL setelah diserang angin ahmar.

Berikutan dengan itu, pelakon, penerbit dan juga pemilik syarikat produksi Skop Production, Datuk Yusof Haslam telah memaklumkan pihaknya akan menganggung kos keseluruhan rawatan A Galak.

Bagi Yusof, A Galak merupakan sahabat karibnya sejak dahulu lagi dan merupakan keluarga besar bagi Skop Productions.

“Paling penting sekarang adalah proses pemulihannya. Soal lain adalah di bawah tanggungjawab syarikat, terutama kos rawatan, termasuk rawatan susulan,” katanya.

Sebelum itu, A Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, 78, dikejarkan ke sebuah klinik oleh rakan sekerja di Skop Production Sdn Bhd sebelum dihantar ke HKL.

Sumber: Oh! Media