95 peratus negara laksana had umur 18 tahun mengundi

KUALA LUMPUR – Cadangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun kerana 95 peratus negara demokrasi di dunia telah melaksanakannya.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya pada Jumaat lalu.

Menerusi video tersebut, Syed Saddiq berkata, umur 21 tahun yang diguna pakai ketika ini merupakan peninggalan British dengan mengimbas kembali sejarah negara tersebut bahawa pada usia itu kesatria mereka akan ditabalkan.

“British sendiri telah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun pada 1971.

“Walaupun 95 peratus negara demokrasi di dunia telah pun menurunkan had umur mengundi kepaa 18 tahun termasuk negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina serta negara-negara maju,” katanya menerusi video tersebut.

Video tersebut mendapat 225,000 tontonan, 994 ‘retweet’ dan lebih 1,900 tanda suka.

Pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula esok, cadangan had umur mengundi 18 tahun akan turut diusulkan. – UTUSAN ONLINE



Sumber: kulihatlangitbiru.com