Bekas jeneral akui tentera Israel takut ceroboh Gaza

TEL AVIV – Seorang bekas jeneral tentera Israel berkata, Gaza boleh diceroboh tetapi rejim itu gagal berbuat demikian kerana tenteranya takut untuk berperang.

Yair Golan, yang pernah menjawat jawatan timbalan ketua turus staf berkata: “Mereka takut berperang. Takutkan kematian.

“Kita terlalu memberi kredit kepada pejuang Gaza. Berperang di Gaza ada akibatnya.”

Mengkritik cara ‘pengunduran’ 2005 dilakukan yang menyaksikan rejim Zionis itu mengundurkan peneroka haram Yahudi dari Semenanjung Gaza, Golan bagaimanapun menegaskan ia adalah keputusan tepat.

“Pada lima tahun pertama Intifada Kedua, 147 penduduk Israel dibunuh di Gaza.

“Sejak 2005, 121 lagi terbunuh termasuk anggota tentera yang maut dalam operasi.

“Sangkaannya adalah jika menceroboh Gaza, tentera akan terperangkap di sana selama bertahun-tahun. Anggapan itu salah,” katanya. — Agensi



Sumber: kulihatlangitbiru.com