Berang tak diberi jalan masuk, pemandu Honda tunjuk isyarat lucah, libas pedang samurai

Posted on Tuesday, June 04, 2019 | 6/04/2019


DUA lelaki berlagak samseng apabila mengugut pemandu sebuah kereta dengan menggunakan senjata tajam dipercayai parang dalam kejadian di Jalan Firma susur memasuki Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru petang semalam.

Satu video yang dirakam menerusi dashcam berdurasi satu minit 24 saat tular di laman sosial sejak semalam menunjukkan sebuah kereta Honda Civic berwarna biru cuba memotong kereta mangsa.

Ketika kejadian kenderaan bergerak perlahan ekoran susur memasuki ke Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Iskandar Puteri sesak.

Sejurus dapat memotong pemandu kereta Honda Civic tiba-tiba memberhentikan kenderaannya sebelum dua lelaki keluar memarahi mangsa selain menunjukkan isyarat lucah.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan memasuki kereta sebelum bergerak namun mereka memberhentikan kereta sekali lagi dan pemandu keluar menyerang kereta mangsa dengan menghentak cermin kereta menggunakan parang.

Kejadian itu dipercayai ekoran tidak berpuas hati berikutan tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak.

Berdasarkan komen netizen yang membuat semakan ke atas nombor pendaftaran kereta dinaiki samseng jalanan itu mendapati Honda Civic mempunyai empat saman kesalahan trafik.

Rata-rata pelayaran laman sosial facebook turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan wajar setimpal dengan apa yang berlaku ke atas seorang penunggang motosikal yang digelar ‘abang botak’ bertindak memecahkan cermin kereta selepas tidak berpuas hati ekoran dihon.

Danial Abdullah Tan, 31, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas dia mengaku salah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta. – K! ONLINE.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/04/2019

0 comments:

Loading...