Call Of Duty Modern Warfare Bakal Tiba Oktober Ini



Activision akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan Call Of Duty Modern Warfare yang akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 25 Oktober 2019. Untuk Pengetahuan korang, Call Of Duty Warfare adalah olahan semula untuk siri Modern Warfare.

Infinity Ward memainkan peranan utama untuk membangunkan Call Of Duty Modern Warfare. Permainan ini akan ada 2 bentuk penceritaan iaitu solo dan multiplayer. Menariknya, Infinity Ward telah membuatkan visual grafik nampak lebih menawan. Ianya mendapat sokongan resolusi 4K dan tekstur foto realistik.

Video di bawah menunjukkan bahawa pemain akan bermain bersama dengan Captain Price yang lebih muda. Untuk korang yang pernah bermain siri Modern Warfare sebelum ini mesti akan ingat kembali pengembaraan korang bersama Captain Price. So harap korang sabar menanti Call Of Duty Modern Warfare yang akan dikeluarkan pada Oktober ini.














Sumber: Oh! Media