Durian kanyao dilelong RM199,000 sebiji

SEBIJI durian istimewa berjaya dilelong dengan harga 1.5 juta baht (RM199,000) dalam satu sesi lelongan di Nonthaburi, kata pihak penganjur.

Durian jenis kanyao dikatakan paling mahal di dunia itu berjaya mendapat bidaan daripada penggemar raja buah itu, di wilayah tengah Thailand pada 1 Jun lalu.

Pihak penganjur memilih sendiri buah terbabit sehari sebelum sesi lelongan daripada sebuah kebun berdekatan yang menjual buah terbabit dengan harga paling rendah 20,000 baht (RM2,652).

Bagaimanapun durian istimewa itu dipilih kerana saiz, bentuk dan kematangan buah, memecahkan rekod jualan 800,000 baht (RM106,118) tahun lalu ketika ia dijual di Festival Raja Durian 2019.

Acara penuh gemilang itu menyaksikan peragawati memperagakan buah yang diletakkan di atas bantal bersarung merah, termasuk sembilan biji durian jenis lain. Antaranya Monthong, Kanyao dan Kop Med Tao yang berharga setiap satu mencecah sehingga 300,000 baht (RM39,794.35).

Pemilik kebun durian Pa Toi Lung Mu, Maliwan Han Chai Thai berkata, beliau maklum ia adalah durian yang istimewa dan menjangkakan ia mampu dilelong sehingga satu juta baht tetapi bila mengetahui bila ia dijual melebihi jangkakan, beliau sangat gembira.

“Saya harap pembida tertinggi menikmati keenakan durian itu. Durian kacukan ini adalah yang terbaik di dunia dan saya akan terus menanam,” katanya.

Kanyao durian yang dikatakan termahal dan terpilih antara pelbagai jenis kacukan durian di dunia, dijual kepada seorang ahli perniagaan.

Hasil jualan berjumlah 4.5 baht (597,000) daripada lelong itu bakal diserahkan kepada pekebun dan sebahagian lagi diserahkan kepada badan amal untuk membeli kelengkapan perubatan hospital. – REUTERS



Sumber: kulihatlangitbiru.com