FIFA 20 Akan Tiba Pada Hujung Bulan September



Berita baik buat peminat permainan FIFA di mana EA telah mengumumkan bahawa FIFA 20 akan dikeluarkan pada 27 September 2019 untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Korang juga berpeluang untuk bermain FIFA 20 hari lebih awal. Untuk pengetahuan korang,terdapat mod baru dalam FIFA 20 iaitu Volta Football yang merupakan permainan seakan Futsal dan FIFA Street.

Selain itu, terdapat sistem baru untuk sepakan penalti dan juga sepakan percuma. EA juga akan mengurangkan bantuan daripada AI untuk bahagian pertahanan, ianya untuk memberi pemain ruang dan masa untuk pemain melakukan serangan. FIFA 20 juga akan lebih fokus pada 1 lawan 1 ketika pemain menyerang dan bertahan. Pemain juga akan dapat bertahan dengan lebih baik setelah sistem tackle baru diperkenalkan.

Segala update tentang FIFA 20 akan dikongsi sebelum ia dikeluarkan secara rasmi nanti. So korang dah boleh mula menabung sekarang untuk dapatkan permainan baru FIFA 20 yang akan dikeluarkan pada bulan september nanti.
















Sumber: Oh! Media