Founder Gegey Academy, Akmal Fitri pembohong besar?

BARU-BARU ini, laman Facebook PW Community membongkar pembohongan yang dilakukan oleh founder Gegey Academy, Akmal Fitri berhubung kelas perniagaan online dan penjualan tapak bazar Ramadan yang dijalankannya.

Sebelum ini, PW Community pernah membongkarkan penipuan oleh Akmal Fitri namun ramai netizen menganggap dakwaan tersebut tidak benar dan fitnah.

PW Community turut berharap supaya pembongkaran tersebut disebarkan agar orang awam tidak lagi tertipu dengan anak murid Azizan Osman itu.

Baca perkongsian PW Community di bawah:

Lain kali bila PW bongkar scammer pakat share ramai-ramai supaya awam tahu wajah-wajah penipu.

Kalau tak nak share, boleh copy 100% dan buat post sendiri, kami tak kisah janji maklumat tersebar.

Kami dah bongkar mamat ni sebelumnya, nama dia Akmal Fitri, founder Gegey Academy.

Bila lihat pada gaya semestinya mamat ni adalah murid Jijan Seman (Azizan Osman).

Kursus mahal, pengisian hampeh

Antara bisnes (dibaca penipuan) yang mamat ni buat ialah jalankan kelas perniagaan. Kami dapat komplen kursus bayar mahal tapi pengisian hampeh.

Dia sendiri tak mampu untuk lonjak capaian Facebook Gegey Academy.

Jual tapak bazar di kawasan sunyi

Seterusnya kami dapat komplen dia jual tapak Bazaar. Dia janjikan tapak di kawasan strategik semasa satu pesta di Kota Bharu. Apa yang klien dapat hanyalah tapak di kawasan sunyi dan tapak tersebut sebenarnya diberi percuma oleh MPKB.

Sekarang dia jual produk replika secara online.

Satu produk dalam RM1000. Bila klien buat bayaran penuh dia terus senyap menghilang. Boleh baca screenshot sebagai bukti.

Masa kami viral dulu ada yang tuduh kami fitnah.

Penipu memang susah untuk kembali ke pangkal jalan, mereka akan tetap teruskan penipuan.

Jadi, sama-sama kita sebarkan supaya penipu bernama Akmal Fitri makin dikenali oleh awam.

Sumber: PW Community



Sumber: kulihatlangitbiru.com