Ini Mungkin Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Yang Akan Diperkanlkan Nanti


Beberapa bulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 10 diperkenalkan secara rasmi. Siri Note di dalam keluarga Samsung merupakan siri smartphones paling ditunggu-tunggu peminatnya kerana sentiasa menjanjikan sebuah peranti yang menjadikan penggunanya lebih produktif berbanding mana-mana smartphones lain dalam dunia ini kerana kewujudan fungsi S-Pen yang tiada pada jenama lain.

Jika masa Galaxy Note 9 dulu apa yang didedahkan OnLeaks benar-benar tepat, jadi tak mustahil rekaan Galaxy Note 10 ini juga adalah tepat. Siapa antara korang yang dah tak sabar nak beli Samsung Galaxy Note 10 nanti?


Dapat dilihat rekaan Galaxy Note 10 ini mirip dengan Galaxy S10 yang dilancarkan sebelum ini bagaimanapun mempunyai bahagian 'chin' yang jauh lebih nipis dan dilengkapi dengan Infinity-O Display dengan kamera hadapan diletakkan di bahagian tengah.

Beberapa pakar teknologi Malaysia turut menzahirkan pandangan mereka yang mengjangkakan ini adalah rekaan Galaxy Note 10 yang akan dijual nanti.




Sama-sama kita nantikan pelancarannya beberapa bulan sahaja lagi.

Kredit: @OnLeaks
Sumber: Oh! Media