Keberanian Mat Sabu berbahasa Inggeris wajar dipuji – Pemuda PAN

Posted on Tuesday, June 04, 2019 | 6/04/2019


KUALA LUMPUR – Keberanian Mohamad Sabu berkomunikasi bahasa Inggeris dalam sesi dialog antarabangsa berkenaan isu keselamatan perlu dilihat daripada sudut positif.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil, apa yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan itu menunjukkan Malaysia mempunyai pendirian tegas memerangi ancaman keganasan atau terrorism.

Kata beliau, walaupun penguasaan bahasa Inggeris penting sebagai medium komunikasi antarabangsa namun ianya bukan ukuran kompetensi dan kebijaksanaan seseorang pemimpin.

Katanya, ramai juga pemimpin utama negara lain masih mengekalkan bahasa ibunda masing-masing dalam dialog atau persidangan antarabangsa.

“Oleh itu, rakyat perlu menilai intipati asas ucapan Mohamad atau Mat Sabu, bukan kekhilafan yang langsung tidak mencacatkan substance ucapan beliau.

Jika didengar semula ucapan Mohamad, beliau merujuk Perdana Menteri New Zealand sebagai she namun di penghujung ayat menggunakan perkataan him yang tidak mengubah intipati ucapannya.

Sudah tentu Mat Sabu tahu jantina Perdana Menteri itu itu adalah seorang wanita, katanya.

“Di samping itu, penggunaan perkataan mother dan father adalah merujuk kepada penaja pengganas yang merupakan terma biasa digunakan dalam counter-terrorism. Perkataan tersebut tidak seharusnya diterjemah secara literal,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/04/2019

0 comments:

Loading...