Kelab malam pertama bakal dibuka di Arab Saudi

KERAJAAN Arab Saudi bakal membuka kelab malam ‘halal’ pertama di negara itu, demikian menurut satu laporan pada Rabu.

Rangkaian kelab malam terkemuka, White berkata, cawangan terbaharu mereka bakal beroperasi di bandaraya Jeddah tidak lama lagi selepas Dubai dan Beirut.

“Cawangan terbaharu ini hanya menyediakan minuman tanpa alkohol sahaja,” kata pihak White menerusi Twitter dengan hashtag #JeddahDisco.

Penyanyi popular kelahiran AS, Ne-Yo pula dijangka akan membuat persembahan pada malam pembukaan kelab malam itu nanti.

Manakala tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual antara RM554 sehingga RM1109 setiap satu.

Pembukaan kelab malam itu telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial dengan beberapa netizen menyifatkan ia sebagai salah satu langkah pemodenan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.



Sumber: kulihatlangitbiru.com