Kerajaan ambil pekerja Afrika sebab orang Malaysia tak mahu

KUAH – Keengganan rakyat Malaysia terlibat dalam sektor peladangan menyebabkan kerajaan bercadang untuk mengambil pekerja Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja dalam sektor berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sepatutnya sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang ramai, Malaysia tidak perlu lagi mengambil pekerja luar.

“Orang di Malaysia ni ramai, tak payah la bawa masuk orang asing, tapi orang Malaysia ni tak mau kerja, kita bagi orang lain la,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Langkawi di Kompleks Sukan Lada, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, idea itu masih lagi di peringkat cadangan dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Kabinet.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, cadangan berkenaan diketengahkan selepas pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.



Sumber: kulihatlangitbiru.com