Kerana Cinta Terhalang, Pasangan Kekasih Nekad Bunuh Diri Selepas Selfie?! Seriously?!


India dikejutkan dengan tindakan sepasang kekasih muda yang memuatnaik gambar mereka bersama pistol di media sosial sebelum membunuh diri.

Pasangan kekasih itu dikenal pasti sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary yang masing-masing berusia 21 tahun.

Difahamkan, mereka bertindak nekad sedemikian selepas percintaan mereka dihalang keluarga. Kedua-duanya memuatnaik gambar tersebut buat kali terakhir di media sosial sebelum membunuh diri.

Menurut New18, pasangan kekasih berkenaan turut meninggalkan rakaman audio yang memaklumkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

The Time of India pula melaporkan Anju sudah berkahwin hampir dua bulan. Insiden itu berlaku di perkampungan Leelasar di Jaisalmer. Siasatan polis turut dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana mereka memiliki pistol tersebut.

“Kami akan bercakap dengan rakan dan keluarga mereka untuk mengetahui dari mana mereka memperoleh pistol tersebut,” kata jurucakap polis.

Sebelum kejadian itu, pasangan kekasih itu dilaporkan mabuk.


Sumber : New Malaysian Post

Sumber: Oh! Media