‘King aku dah takde…’ – Kucing mati dihentak kanak-kanak datang beraya

Posted on Friday, June 07, 2019 | 6/07/2019


SUSULAN kejadian seekor kucing koma akibat dihentak dengan benda tumpul, pemilik kucing itu memaklumkan kucingnya gagal diselamatkan akibat dari kecederaan yang dialaminya.

“King aku dah takde,” tweet pemilik kucing itu yang dikenali sebagai Nurush Shahindah.

Terdahulu, kucing yang diberi nama King itu parah selepas dihentak dengan benda tumpul oleh seorang kanak-kanak yang datang beraya ke rumahnya.

King kemudiannya dihantar ke klinik haiwan untuk dirawat. Bagaimanapun, doktor memberitahu yang King mengalami trauma dan berkemungkinan besar akan lumpuh.

Nurush Shahindah turut meluahkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku ke atas kucingnya.

“Kucing aku baru kena warded 2 hari sebab doktor cakap dia trauma kena hentakan kuat dekat kepala. Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jagalah anak tu dari buat onar.

“Doktor cakap jika tiada perkembangan positif, peratusan untuk lumpuh tinggi,” katanya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/07/2019

0 comments:

Loading...