‘Mata cair dah macam jelly, seriau tengok’ – Kanak-kanak 10 tahun parah terkena mercun bola

Kejadian melibatkan mercun lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Walaupun ramai yang mengetahui bahaya bermain mercun, ia tetap menjadi pilihan terutamanya kepada kanak-kanak.

Baru-baru ini, seorang doktor tampil berkongsi pengalamannya merawat seorang mangsa berusia 10 tahun yang cedera akibat bermain mercun bola.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Lagi 10 minit nak berbuka puasa dapat referral dari MA, budak 10 tahun terkena mercun bola. Waktu dapat call tu tak terbayang la rupa dia macam ni.

Sampai je di klinik, rasa sedih tengok. Budak ni cool, tengok gaya cuba untuk tenangkan diri sendiri. Bila tanya, dia kata tak sakit.

Waktu buka mata sebelah kanan tu, aku tengok pun seriau. Cair dah macam jelly. Nak check pupil pun tak ada. Kebetulan ayah adik ni ada di sebelah, ayah dia terus menangis. Aku dapat rasa perasaan bapa dia hampa dan sedih.

Bila disoal macam mana boleh berlaku, adik ni letak mercun bola dalam tin tapi tak meletop. Kemudia dia cuba buka tin dan terus meletop kena mata. Aku malas nak membebel, dia tengah sakit dan gementar.

Itu la, ada satu peribahasa ni cakap “dah terkena baru tergadah”. Tapi kalau benda dah tak boleh nak ubah lagi, menyesal pun tak berguna.

Untuk peringatan bersama, kita ada keluarga, adik beradik, jiran-jiran dan kawan-kawan. Beringatlah, kenapa perlu gadaikan anggota yang Allah bagi percuma dan sempurna.

Oncall 10 malam terakhir ni macam oncall 1000 bulan. Terasa lama betul nak ke hari cuti untuk pulang ke kampung halaman. Moga Allah ampunkan segala dosa dan terima amalan kita semua.

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran kepada orang ramai untuk meninggalkan terus permainan tidak berfaedah ini. Ingatkan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah berlaku, baru nak menyesal.



Sumber: kulihatlangitbiru.com