Mobile Legends Adventure Akan Tiba Pada Bulan Julai



Permainan baru Mobile Legends Adventure telah diterbitkan oleh Moonton yang merupakan pengasas permainan popular MOBA iaitu Mobile Legends Bang Bang. Mobile Legends Adventure merupakan permainan mudah alih yang mempunyai strategi kad dan juga RPG. Pemain boleh mendapatkan pelbagai watak yang mempunyai 6 kuasa berlainan.

Untuk pengetahuan korang, pemain juga boleh mendapatkan barangan untuk menambah kebolehan watak yang akan digunakan. Watak-watak tersebut boleh digunakan di medan pertempuran mengikut pelbagai strategi yang pemain inginkan. Selain itu, dalam mod Campaign pula pemain akan dibawa mengembara bersama watak Layla untuk mengetahui tentang sejarah dan juga dapat menyaksikan Eternal War of Light.

Mobile Legends Adventure akan tiba di Malaysia pada akhir julai ini untuk iOS dan Android. Buat masa sekarang permainan ini sudah boleh dimuat turun oleh pengguna iOS di Thailand, Vietnam, Russia, Germany, UK, Canada, Australia, Brazil dan New Zealand.











Sumber: Oh! Media