Nabil Doa Isteri Ditetapkan Hati Berhijab


Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memohon orang ramai supaya tidak menghakimi niat insan lain yang berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik. Pengacara program MeleTOP itu berkata,dia sentiasa menyokong apa juga langkah terbaik yang dilakukan ratu hatinya. Selain mengharap diberikan kata semangat, Nabil juga memohon orang ramai mendoakan isterinya supaya sentiasa istiqamah dalam tindakannya.

"Alhamdulillah, Zira sudah bertudung sejak beberapa minggu lalu. Saya berharap kita sama-sama mendoakan dia ditetapkan hati untuk terus bertudung. Sebagai suami, saya bersyukur apabila dia menyatakan hasrat mahu bertudung, malah sentiasa memberikan sokong penuh. Untuk memberi semangat dan dorongan, saya sering menghadiahkan Zira tudung.

"Saya berharap, orang luar menghargai niatnya yang sentiasa ingin memperbaiki diri. Doakan yang terbaik buat Zira dan janganlah ada yang menghukum kerana semua manusia ingin mencari keredaan Allah," katanya.

Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media