One Night Stand Akan Tiba Di Platform Konsol Pada Tahun Ini



Kinmoku dan Ratalaika Games mengumumkan akan membawa permainan novel visual iaitu One Night Stand ke platform konsol pada tahun ini. Ianya diumumkan di Kinda Funny Game Showcase yang berlangsung sempena E3 2019 baru-baru ini.

Untuk pengetahuan korang, One Night Stand merupakan permainan bentuk novel visual di mana korang akan bermain sebagai seorang lelaki yang terjaga dari tidur dan berada di dalam bilik seorang wanita. Dalam permainan tersebut pemain harus menyiasat tetang latar belakang wanita tersebut untuk mengetahui identitinya.

Menariknya, permainan ini mempunyai 12 pengakhiran yang berbeza untuk pemain. So korang kena buat pilihan yang betul kerana ianya akan memberi kesan di pengakhiran permainan trsebut. One Night Stand akan tiba di platform Playstation 4, Xbox One dan Switch.







Oh! Makan







Sumber: Oh! Media