Penduduk Palestin Mati Ditembak Polis Israel


Kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin nampaknya tidak pernah berkurang walau hanya sedikit. Baru-baru ini, Polis Israel pula telah menembak mati seorang penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis kerana mendakwa mereka telah dibaling mercun.

Kejadian yang berlaku sewaktu demonstrasi penduduk itu telah membuatkan pihak polis Israel terpaksa mengambil tindakan sebagai tindak balas kepada rusuhan, termasuk membaling batu dan mercun. Kemudian membuatkan mereka mengambil tindakan selari dengan peraturan perang.

“Suspek bertopeng mendekati pegawai polis dari pinggir jalan dan melemparkan mercun tepat ke arah pegawai yang berada dalam keadaan mengancam nyawa.

“Seorang pegawai melepaskan tembakan tepat ke arah suspek dan bagi mengelak keadaan mengancam nyawa seterusnya,” kata jurucakap jabatan itu, Micky Rosenfeld.

Mangsa yang terkena tembakan itu kemudiannya dibawa ke hospital, namun meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media