Penerima BSH boleh tuntut bantuan sehingga RM8,000 jika menghidap 36 jenis penyakit kritikal ini


Kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), tahukah anda bahawa anda layak menuntut wang bantuan sehingga RM8,000 melalui pogram mySalam Skim Perlindungan B40 sekiranya mengalami 36 jenis masalah kesihatan ini?

Skim perlindungan ini merupakan bantuan dari pihak kerajaan dalam menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima bantuan BSH yang berusia dari 18 hingga 55 tahun, beserta dengan pasangan mereka. 

Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah. Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

Penerima akan menerima manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital. Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran wang bantuan sebanyak RM8,000 akan dibuat sekali gus ke akaun penerima.


TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.
  • Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  • Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  • Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  • Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  • Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  • Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
  • Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL

Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.
  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga
Untuk makluman, skim ini hanya boleh digunakan oleh penerima mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sahaja. Setakat ini, skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta. 

Bagi senarai nama hospital yang menerima pakai skim ini, anda boleh rujuk di laman web mySalam atau anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com untuk maklumat lanjut.




Sumber : thereporter.my