Pengambilan Pekerja Asing Afrika Akan Dipertimbangkan?


Sebelum ini kita ada terdengar beberapa cadangan untuk membawa masuk pekerja dari Afrika bagi sektor perladangan dan ini merupakan respon dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita belum buat apa-apa pemilihan pun setakat ini. Hanya cadangan sahaja kerana saya berpendapat orang di Malaysia ramai, jadi tak payahlah bawa masuk warga asing (Afrika),” kata Perdana Menteri.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegeran yang ditemui pemberita berkata ini kerana pekerja dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi bekerja di Malaysia disebabkan gaji diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.


Sumber: Oh! Media