PM Tegaskan Identiti MAS Perlu Dikekalkan Walau Selepas Dijual


Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menegaskan, Malaysia Airlines (MAS) yang merupakan syarikat penerbangan negara perlu dipastikan untuk dikekalkan identitinya walaupun setelah dijual nanti.

Dengan itu, pihak kerajaan akan lebih berhati-hati dengan pelan perubahan yang dilakukan pemilik baru bagi memastikan MAS dapat dimajukan semula tanpa hilan identiti asal.

Tun Mahathir berkata demikian setelah melihat kegagalan demi kegalalan dilalui MAS walaupun telah melakukan banyak perubahan.

"Ia bukan sekadar perubahan pengurusan, tetapi banyak perkara silap yang telah dilakukan oleh syarikat penerbangan ini perlu diperbetulkan.

"Kami mahu menjual (Malaysia Airlines) tetapi kami mahu mengekalkan identitinya," katanya.


Sumber: Oh! Media